Wednesday, July 30, 2008

DOA

رَبِّ اشْرَحْ لي‏ صَدْري

وَ يَسِّرْ لي‏ أَمْري

وَ احْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِساني
يَفْقَهُوا قَوْلي
Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku,
dan mudahkanlah untukku urusanku,
dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku
supaya mereka mengerti perkataanku.
(Tha ha [20]:25-28)


Doa ini dibaca oleh Nabi Musa as. ketika ingin berdepan dengan Firaun.
Musa melaksanakan perintah Allah untuk menyeru bangsa Israil dan Firaun untuk menyembah Allah.
Tetapi Musa bukan seorang ahli debat atau diplomat, selain itu lidah Musa sedikit cacat kerana makan bara api sewaktu kecil (Kisah Firaun ingin menguji Musa).
Akhirnya doa Musa dikabulkan Allah. Ketika menghadapi tukang sihir firaun, Musa berjaya mengalahkan mereka.
Malah tukang sihir semua mengikut seruan Musa.

Doa ini juga baik untuk kita baca ketika:
  • Menghadapi permasalahan yang menyesak dada dan fikiran
  • Ditimpa persoalan yang menyulitkan
  • Ditimpa kekalutan fikiran
  • Menyampaikan pidato
  • Menyampaikan kebenaran di muka umum (Nak jadi pengerusi majlis ke… nak beri tazkirah ke… dan yang sewaktu dengannya)

No comments: